Saturday 7 May 2011

Mother's Day.

Shahara Binti Deli.


Terima kasih mak sebab lahirkan saya.
Terima kasih mak sebab besarkan saya.
Terima kasih mak sebab jaga saya dari saya kecik sehingga saya besar.
Terima kasih mak sebab asuh saya.
Terima kasih mak sebab sabar dengan perangai saya selama ini.
Selamat Hari Ibu.
Abang sayang mak sangat-sangat.
Terima kasih untuk segalanya.


Wednesday 4 May 2011

Kepenatan.

4 May 2011

Hari ini ialah hari yang sangat memenatkan bagi saya.
Kenapa saya berkata begitu kerana, saya cuma mengambil masa selama 2 jam sahaja untuk tidur harini.
Lepas tu tengah hari dah keluar pergi betul kan laptop saya.
Alhamdulillah, akhirnya laptop saya sudah dibaiki.
Terima kasih kepada abang saya Mohd Azrin Ramli kerana telah menyumbangkan dana untuk saya baiki laptop saya yang sudah sekian lama rosak ini.
Lepas dah baiki laptop, terus amik train ke Bukit Bintang pula nak temankan adik kesayangan saya si Siti Faiqa Puteri tu nak beli kasut baru dia. 
.MACBETH.
Tahniah adik akhirnya anda sudah memiliki kasut yang anda idam-idamkan selama ini.:)
Dah selesai beli kasut tu kami pergi berjalan-jalan di sekitar pusat beli belah di Sungei Wang dan BB Plaza sementara hendak tunggu kepulangan lagi seorang adik kesayangan saya ni si Mona Nasuha pulang dari berkerja.
Pergghhh! Kena tunggu sampai kul 7 tu. HAHA.
Tapi tak apalah adikkan. 
So dah selesai hal semua di Bukit Bintang tu kami terus pulang ke Sentul Timur.
Memang penat tapi sangat enjoy bila bersama mereka semua. 
So sampai sekarang saya masih belum boleh melelapkan mata lagi.
Maka wujudlah entri yang merapu ini. HAHA
.THANKS.

Tuesday 3 May 2011

I'm What I'm

Saya cumalah saya.
Saya bukan pentiru orang lain.
Saya cuma seorang makhluk ALLAH yang lemah dan tak mampu melawan.
Saya cuba pertahankan apa yang saya ada.
Saya tidak mahu di label PENTIRU orang lain.
Seperti yang saya katakan di atas I'M WHAT I"M.

Entri ini hanyalah untuk suka-suka sahaja.
Ketandusan idea di pagi yang indah ini.

Besi Hitam Dan Budaya Pop

 Terlebih dahulu saya nak terangkan kenapa saya masukkan rencana ini dan rencana yang sebelum ini kenapa, sebab adalah segelintir orang yang saya kenal beranggapan bahawa mendengar MUZIK BLACK METAL ini SESAT,TAK BETOL,TAK ADA AGAMA dan berbagai lagi.

"Mungkin anda hairan dan tertanya -tanya mengenai
tajuk rencana ini. Namun saya pasti anda tidak hairan dan terkejut
dengan istilah Black Metal, darah kambing hitam, pemujaan syaitan,
pengikut ajaran Black Metal, Pak Cik Paku, JIT dan bermacam macam
istilah yang pada saya cukup menggelikan hati. Bagi saya
istilah-istilah tersebut cukup menampakkan kebodohan media massa dan
betapa mudahnya orang ramai (yakni mereka yang tidak tahu menahu
mengenai muzik metal) ditipu pihak media.

Mungkin bagi anda, saya cuba untuk menghidupkan isu
yang sudah basi dan tidak relevan lagi pada masa kini. Isu Black metal
sebenarnya merupakan isu murahan yang cuba digembar-gemburkan oleh
pihak media yang konon-kononnya mempunyai tanggungjawab terhadap
masyarakat. Mereka ini barangkali sudah ketandusan idea bagaimana
hendak melariskan jualan akhbar-akbar dan majalah mereka. Kajian yang
cetek dan tuduhan membabi buta terhadap muzik dan peminat metal di
Malaysia terlalu kejam dan sangat-sangat melampau. Apa yang
menghairankan saya, pihak media yang konon-kononya bertanggungjawab ini
tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh peminat muzik metal ini
melakukan pelbagai perkara yang bagi saya cukup tidak masuk akal sama
sekali. Mereka ini dengan sewenang-wenangnya menuduh peminat muzik
metal melakukan pemujaan syaitan, meminum darah kambing hitam,
melakukan seks dihadapan Al-Quran, membakar Al-Quran dan bermacam-macam
lagi perbuatan yang konon-kononya menghina agama Islam.
Cuba anda lihat kembali akhbar dan majalah murahan
Mastika dan Harian Metro (bagi saya akbar dan majalah tersebut memang
murahan) pada waktu isu Black Metal ini sedang hangat diperkatakan.
Terdapat pelbagai tajuk mengenai isu Black Metal seperti Seks Di Atas
Al Quran, Pengakuan Bekas Pengikut Black Metal, Saya Sembah Syaitan dan
sebagainya. Akan tetapi, pernahkah anda melihat bukti yang jelas dan
terang yakni gambar bahawa terdapat muka-muka orang Islam yang
melakukan perbuatan tersebut?
Apa yang saya lihat ialah kebanyakkan gambar
kumpulan-kumpulan Black Metal dari luar negara seperti Norway dan
Sweden yang hanya berpakaian ganas dan serba hitam. Kebanyakkan
gambar-gambar yang disiarkan merupakan gambar yang boleh diambil
sewenang-wenangnya dari internet dan ada gambar-gambar berkenaan bukan
pun kumpulan Black Metal. Tidak dinafikan terdapat juga gambar gambar
kumpulan metal dari Malaysia, akan tetapi benarkah kumpulan-kumpulan
Black Metal di Malaysia melakukan perkara perkara terkutuk tersebut?
Pernahkah mereka mewawancara kumpulan-kumpulan berkenaan dan mengkaji
lirik kumpulan Black Metal di Malaysia?
Jika benar pun kumpulan dan peminat muzik metal di
Malaysia melakukan perkara tersebut, kenapa tidak ada bukti yang kukuh
seperti gambar dan rakaman yang jelas? Apa yang saya dapat lihat di
majalah dan akhbar ialah gambar-gambar yang tidak jelas dan seperti
dirancang untuk membuktikan berlakunya perkara yang mereka cuba
heboh-hebohkan ini. Begitu juga mengenai wawancara dengan dengan bekas
pengikut ajaran Black Metal konon-kononya. Bagi saya penipuan yang
mereka cuba sampaikan kepada orang ramai ini terlalu lemah dan mudah
sekali dikesan penipuannya oeh peminat-peminat muzik metal.
Bayangkanlah mereka mewawancara budak hingusan yang masih tidak cukup
akal lagi untuk memperkatakan mengenai muzik metal. Budak sekolah yang
masih hingusan ini pula dengan berbangganya akan menceritakan mengenai
black metal yang konon-kononya menjadi isu semasa pada waktu itu dengan
niat untuk mencari nama dan tiba-tiba sahaja mengaku menjadi pengikut
ajaran Black Metal walaupun budak bangang yang diwawancara oleh
wartawan bengap ini , tidak mendengar muzik Rock pun sebenarnya.
Selain itu, wartawan bengap ini juga dengan rasa
bertanggungjawabnya telah menyiarkan gambar botol arak yang sudah
diminum dan bersepah untuk mengatakan bahawa pengikut ajaran Black
Metal ini meminum arak semasa berkumpul sesama ahli kumpulan ataupun
semasa gig black metal diadakan. Ini memang cukup cukup menggelikan
hati saya dan peminat peminat muzik metal yang lain. Gambar tersebut
bagi saya satu lagi bukti yang lemah kerana gambar tersebut boleh
diambil dari mana-mana tempat hiburan seperti disko ataupun dangdut.
Tiada satu pun gambar yang menunjukkan pengikut ajaran Black Metal yang
sedang minum arak. Jika begitulah cara mereka mencari berita sensasi,
saya fikir sesiapa pun boleh berbuat demikian dan jikalau saya ditempat
wartawan tersebut, saya akan mengambil gambar botol arak dan mengatakan
bahawa seorang pemimpin kerajaan telah meminum minuman keras di sebuah
kelab eksklusif yang terkemuka.
Senang jika mahu mencari berita sensasi bukan?
Jika difikirkan kembali, tempat-tempat seperti disko
ataupun di kedai-kedai cina yang menjual arak, lebih ramai lagi orang
Islam meminum arak di tempat berkenaan dan mereka ini bukanlah pengikut
ajaran Black Metal pun! Mahukan bukti? Sila lawati Hard Rock Cafe,
Beach Club, Nouvo, Zouk dan bersepah lagi disko di sekitar Lembah
Klang. Malah anda akan dapat melihat pelbagai gelagat tidak senonoh
orang Melayu di tempat berkenaan dan mereka tidak perlu menjadi ahli
JIT pun untuk menjadi seorang manusia yang rosak.
Pernahkah anda terfikir bahawa akhbar dan majalah
murahan seperti Harian Metro dan Mastika sangat-sangat hipokrit dan
tidak sedar bahawa mereka pun sebenarnya tidaklah bermoral sangat. Jika
diteliti, wadah-wadah ini turut mempunyai unsur-unsur yang boleh
menyumbang lepada gejala sosial. Cuba anda perhatikan, terdapat
pelbagai iklan muat-turun gambar untuk telefon bimbit. Ada diantara
gambar berkenaan memaparkan gadis-gadis seksi yang hanya berbikini dan
kelihatan mengghairahkan. Anda juga boleh melihat gambar-gambar artis
perempuan yang berpakaian menjolok mata selain gambar perempuan seksi
di dalm ruangan Gadis Pilihan Metro.
Jikalau anda teliti lagi,majalah dan akhbar
berkenaan rajin memaparkan iklan-iklan bomoh, pawang, nujum dan
pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh menyembuhkan penyakit.
Iklan-iklan sebegini juga boleh menyumbang kepada keruntuhan moral dan
perbuatan syirik. Seperti iklan bomoh umpamanya, adakah mereka ini
betul-betul bertauliah untuk mengubati penyakit-penyakit ganjil. Jangan
hairan jika saya nyatakan disini mungkin ada diantara bomoh-bomoh
berkenaan menggunakan bantuan makhluk halus untuk tujuan merawat
pesakit. Mungkin tuduhan saya agak melulu. Jika difikirkan kembali,
dunia tahyul dan animisme merupakan perkara yang sangat rapat dengan
dunai orang-orang Melayu. Jikalau tidak, masakan adanya istilah
Pontianak, Toyol, Hantu Raya, Polong, Penanggal, Langsuir dan bermacam
lagi istilah-istilah hantu-syaitan yang lain.
Adakah orang Melayu pada waktu dahulu (sekarang pun
masih ada barangkali) terpengaruh dengan muzik Black Metal untuk
membela hantu raya, polong, langsuir dan sebagainya?! Perkara-perkara
berkaitan hantu-syaitan ini sebenarnya sangat rapat dengan dunia orang
Melayu sebelum adanya muzik Black Metal. Ini satu kenyataan!
Berbalik kepada amalan perbomohan tadi, sesetengah
bomoh-bomoh yang menggunakan bantuan makluk halus untuk tujuan
perubatan ini tidak mendengar Black Metal atau menjadi pengikut pun
untuk menjadi murtad berbanding dengan tuduhan pihak media yang
mengatakan peminat muzik Black Metal di sini murtad dan menyembah
syaitan. Selain itu kita juga pernah mendengar berita mengenai kes-kes
penipuan bomoh dan tak kurang juga mengenai perkosaan bomoh terhadap
pesakit yang dirawat.
Berbalik kepada kebodohan media tadi,saya terfikir
satu perkara. Tidakkah para wartawan yang bengap ini mahu terfikir dan
mengkaji bahawa skop muzik metal itu luas sifatnya? Mereka ini secara
sah dan terang-terang tidak tahu membezakan genre-genre yang terdapat
di dalam muzik metal. Di sini ingin saya terangkan sedikit, di dalam
muzik metal terdapat Heavy Metal, Thrash Metal, Death Metal, Speed
Metal, Black Metal, Doom Metal dan pelbagai lagi genre-genre yang lebih
spesifik. Adakah para wartawan ini mengkaji sepenuhnya genre-genre
berkenaan? Saya ungkitkan hal ini kerana terdapat satu tajuk berita di
dalam akhbar Harian metro yang menyatakan bahawa peminat peminat muzik
Black Metal akan berkumpul dan mengamuk pada satu gig yang akan
diadakan di Melaka dan flyers (iklan) gig berkenaan dipaparkan sekali bersama berita berkenaan.
Apa yang memeranjatkan saya, secara terang-terangan
tertulis pada flyers tersebut bahawa gig berkenaan merupakan gig muzik
grunge. Untuk pengetahuan anda, muzik metal dan grunge adalah berbeza
sekali dari segi lagu, lirik, nyanyian, melodi dan sebagainya! Ini
secara terang-terangan menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka
terhadap apa yang mereka ingin gembar-gemburkan mengenai isu black
metal ini. Selain itu, satu lagi berita lawak dan penganiayaan bagi
saya ialah gig yang berlangsung di Paul’s Place, Jalan Klang Lama
sempena menyambut tahun baru 2006. Akibat daripada berita-berita palsu
daripada wartawan Harian Metro dan Mastika ini, pihak polis telah
menyerbu gig berkenaan dengan menyangkakan bahawa gig berkenaan ialah
gig Black Metal. Untuk pengetahuan anda gig berkenaan ialah gig
Hardcore dan rata-rata kumpulan yang membuat persermbahan pada gig
tersebut ialah kumpulan muzik yang membawakan muzik genre Hardcore dan
bukan Black Metal.
Lanjutan daripada kes serbuan gig itu, mereka telah
dibawa ke balai polis Brickfield untuk pemeriksaan. Saya tidak ingin
menceritakan secara lanjut mengenai serbuan berkenaan dan apa yang
terjadi kepada penonton dan kumpulan muzik yang hadir pada gig
berkenaan. Anda boleh melawati {wastedtalent}
untuk mengetahui cerita selanjutnya. Berbalik kepada kepada apa yang
saya cakapkan tadi, kajian yang cetek dan tuduhan melulu terhadap muzik
Black Metal di Malaysia ini telah menganiaya pelbagai pihak dan
menjatuhkan air muka pihak-pihak berkenaan. Semasa isu ini sedang
hangat diperkatakan ada satu-satu ketika di muka hadapan Harian Metro
dan cerita-cerita di dalam majalah Mastika mengatakan bahawa pengikut
ajaran Black Metal ini melakukan seks di hadapan Al Quran! Pertama kali
saya membaca berita ini,saya mengucap panjang! Mereka ini sanggup
mengeluarkan berita yang sangat-sangat melampau untuk menarik perhatian
pembaca. Sudahlah mereka ini memfitnah peminat muzik
metal, bukti pun tidak dapat di nyatakan dengan jelas mengenai perkara
tersebut. Bagi saya mereka ini sanggup menghina bangsa sendiri asalkan
akhbar mereka laris seperti pisang goreng panas.
Adakah mereka betul-betul nampak akan berlakunya
perkara tersebut dan mengapa tiada bukti gambar disiarkan dalam berita
berkenaan? Tidakkah mereka terfikir bahawa dosa memfitnah itu lebih
besar dosanya daripada dosa membunuh?
BUDAYA POP
Sekali lagi anda mungkin hairan mengapa tiba-tiba
terdapat tajuk budaya pop diatas dan kaitannya dengan Black Metal.
Kaitannya anda mungkin akan faham setelah membaca penerangan saya
kelak. Saya begitu pasti selama anda menonton televisyen, mendengar
radio dan membaca majalah hiburan, pernahkah anda mendengar atau
melihat lagu-lagu ataupun kumpulan Black Metal yang dipaparkan pada
saluran tersebut? Persoalan saya saya disini sebenarnya ialah, berapa
banyak unsur-unsur berkaitan black metal ini keluar di radio, majalah
ataupun televisyen?
Jawapannya sudah tentu tidak ada bukan?
Jadi disini, apakah yang merisaukan banyak pihak
termasuk polis, ibu-bapa, guru, pihak kerajaan dan sebagainya mengenai
genre muzik berat ini sehingga kelam kabut untuk mengadakn serbuan,
memeriksa bilik anak masing-masing, menangkap mereka yang berbaju
hitam, dan paling lawak sekali ialah kemunculan drama bersiri Gerak
Khas yang tiba-tiba sahaja membuat satu episod khas mengenai Black
Metal? Saya tidak fikir Datuk Yusuf Haslam tahu apa itu Black Metal
selain mengambil bulat-bulat apa yang dia lihat di media massa. Lihat
sahaja filem-filem berkualiti yang di hasilkan oleh beliau.
Berbalik kepada persoalan tadi, apa yang lebih
merisaukan pada saya ialah elemen-elemen yang keluar daripada saluran
radio, majalah hiburan dan televisyen. Saya lebih suka memanggil
elemen-elemen ini sebagai Pop Culture atau budaya pop. Disini
kita boleh ambil contoh televisyen. Apa yang selalu disiarkan di
televisyen kalau bukan hiburan dan cerita-cerita yang langsung tidak
mengembangkan minda. Namun begitu, bukanlah semua semua rancangan yang
disiarkan seperti apa yang saya sebutkan tadi. Ada juga
rancangan-rancangan yang bagus untuk ditonton.
Berbalik kepada apa yang saya ketengahkan tadi, kita
ambil contoh MTV dan Channel V umpamanya. Cuba lihat apakah yang cuba
dipertontonkan kepada khalayak? Kita boleh melihat video-video klip
yang cukup merosakkan minda penonton. Ambil contoh video-video klip
artis hip hop. Apa yang cuba di tayangkan kalau bukan lagi
tarian-tarian perempuan kulit hitam yang cukup mengghairahkan serta
serupa tidak berpakaian. Mereka ini menceritakan kehidupan Gengster
kulit hitam di Amerika melalui video muzik di MTV dan Channel V. Secara
terang-terangan ({wt} - well maybe not that obvious to our esteemed moral guardians)
mereka menunjukkan di dalam video klip berkenaan bahawa menghisap
ganja, meminum arak dan seks bebas adalah perkara yang menyeronokkan
dan perlu dijadikan gaya hidup pada masa sekarang.
Video-video klip ini juga mengeksploitasikan wanita
secara terang-terangan. Untuk bukti, lihat sahaja klip-klip video artis
rap seperti Ja Rule, 50 Cent, Snoop Dog, Jay Z dan sebagainya di
saluran MTV dan Channel V. Pernahkah anda terfikir, elemen-elemen
negatif ini di tayangkan setiap hari di televisyen di dalam rumah anda?
Yang paling berbahaya sekali ialah video-video klip ini ditonton oleh
seisi keluarga dan ibu bapa tidak hairan pun jika anak mereka menonton
video ini setiap hari.
Bagi saya, orang yang tidak menyedari hal ini akan
menganggap bahawa perkara ini sebagai remeh-remeh dan tidak boleh
memberikan impak negatif kepada masyarakat. Ini sebenarnya yang paling
berbahaya kerana ianya dilakukan secara halus dan tidak sedar. Yang
amat menghairankan saya, mereka yang menjadi pengikut MTV dan Channel V
inilah yang selalu menjadi rosak. Lihat sahaja cara berpakaian mereka
yang menjadi pengikut pop culture ini di disko-disko ataupun di pusat
membeli belah yang terkemuka. Mengapa perkara yang secara
terang-terangan ini tidak di jadikan modal berita oleh wartawan bengap
Harian Metro dan Mastika? Adakah mereka melihat perkara perkara yang
boleh dan selalu diterima oleh masyarakat budaya pop ini tidak
mempunyai keburukkan?
Saya fikir wartawan-wartawan ini juga mungkin
barangkali menjadi hamba kepada budaya pop ini. Mengapa mereka sibuk
menceritakan hal yang mereka sendiri tidak tahu(Black Metal) sedangkan
banyak perkara tidak elok sedang berlaku di hadapan mata!
Selain mengenai video klip, adakah anda sedar bahawa
kebanyakkan rancangan yang disiarkan di televisyen seolah menghalalkan
elemen negative secara halus? Cuba lihat rancangan seperti Trio,
Akademi Fantasia, Mencari Cinta, Cit-Cat Azwan Ali dan sebagainya. Apa
yang dapat dilihat disini ialah betapa bodoh lemahnya idea-idea yang
cuba mereka tampilkan. Orang orang yang meminati serta menonton
rancangan sebegini juga pada saya sangat dungu. Ambil contoh Akademi
Fantasia misalnya, sudahlah mempunyai seorang pengacara yang lembik dan
menjatuhkan martabat imej lelaki sejati, mereka ini juga cuba
menjadikan orang ramai turut bodoh dan dungu jika menonton rancangan
mereka.
Banyak perkara yang memualkan pada saya pada tentang
rancangan ini. Mereka cuba membodoh-bodohkan penonton dengan
menayangkan kehidupan artis-artis mereka di sebuah rumah dengan
aksi-aksi bangang lagi bengap! Mereka sibuk memberitahu peminat mereka
yang mereka lapar, menderita, bosan, tekanan berada di dalam rumah
berkenaan semata-mata mengejar impian mereka untuk bergelar artis
segera. Yang paling membangangkan bagi saya ialah mereka
bercakap-cakap, menangis dan mengadu domba di hadapan kamera yang ada
dalam rumah itu seolah-olah kamera tersebut benda hidup yang boleh
memahami hati mereka. Itulah sebab saya mengatakan mereka yang menonton
rancangan seperti ini bangang dan dungu.
Satu lagi rancangan yang pada saya tidak
mengembangkan minda ialah Trio yang disiarkan di TV3. Cuba anda lihat
elemen negatif yang cuba diserapkan kepada remaja-remaja perempuan.
Mereka memikat para pononton perempuan (dan juga lelaki) dengan
menonjolkan imej seksi pada para pelakon siri tersebut. Selain itu,
rancangan ini juga cuba mempengaruhi remaja-remaja perempuan supaya
berpakaian seperti mereka dan menghidangkan ciri-ciri kehidupan remaja
perempuan ala-ala Amerika. Saya amat geli hati apabila pertama kali
menonton rancangan berkenaan. Bagi saya ketiga-tiga gadis rancangan
tersebut seolah-olah datang dari kawasan pendalaman (mereka mungkin
orang bandar sebenarnya, itu saya tidak tahu) yang mengalami culture shock (kejutan budaya) apabila beriya-iya benar memaparkan kehidupan remaja yang terkini.
Cuba anda bayangkan apa yang akan mempengaruhi para
remaja perempuan yang duduk di luar bandar apabila menonton rancangan
seperti ini? Anda boleh berfikir sendiri apabila menontonnya. Bagi saya
dan mereka yang bukan menjadi hamba budaya pop, rancangan seperti Trio
boleh menggeletek hati kami!
Satu lagi saluran yang mempunyai elemen tidak sihat
secara halusnya ialah saluran radio. Mengapa saya katakan sedemikian?
Cuba dengar dengan teliti kebanyakkan lagu-lagu yang keluar di radio.
Kebanyakkan lagu yang disiarkan amatlah mengecewakan dan tidak
mempunyai kualiti. Lagu-lagu melankolik yang menjengkelkan mengenai
cinta yang putus, kekecewaan terhadap kekasih, kesunyian tiada kekasih
dan sebagainya juga boleh memberikan kesan buruk kepada pemikiran
masyarakat. Kelompok-kelompok yang mendengar lagu-lagu begini biasanya
tidak tahu menilai sebuah lagu yang bagus apatah lagi untuk menilai
kualiti muzik dan juga lirik.
Jika difikirkan semula, perkara ini berlaku kerana
mereka ini sejak dari dahulu iaitu sejak dari zaman hitam-putih
dihidangkan dengan lagu-lagu yang mendayu serta meratap pilu dan
stesen-stesen radio tempatan pula tidak mempunyai banyak perubahan atau
revolusi untuk mendidik pendengar mendengar lagu lagu yang berkualiti.
Akibatnya disini, kelompok-kelompok yang menjadi peminat setia lagu
lagu jiwang ini seperti mat-mat rempit akan terpengaruh dengan lagu
lagu yang menceritakan betapa syahdunya berkasih sayang dan tidak
hairan mereka akan berfantasikan seks apabila menghayati melodi dan
lirik lagu sebegini. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kelompok
kelompok seperti mat rempit ini mendengar lagu-lagu melankolik ini
setiap hari. Tidak hairanlah jika kita mendengar kes mengenai
penangkapan pasangan berkhalwat, kes buang bayi, kes sumbang mahram dan
sebagainya.
Pernahkah anda mendengar mereka yang terlibat dengan
kes-kes sebegini dari kalangan pengikut ajaran Black Metal? Tidak ada
bukan? Satu lagi perkara yang perlu bagi saya ungkapkan disini ialah
mengenai majalah-majalah hiburan dan gossip yang berlambak di pasaran.
Majalah-majalah berkenaan sebenarnya tidak bermoral langsung dan secara
halusnya menjahanamkan pemikiran mereka yang menjadi pembaca setia
majalah tersebut. Ambil contoh majalah Mangga dan URTV umpamanya, cuba
anda teliti apakah isi majalah tersebut. Anda akan dapat melihat tidak
lain dan tidak bukan gambar-gambar artis perempuan yang berpakaian
tidak senonoh dan mengghairahkan. Apa yang mengecewakan saya
kebanyakkan artis-artis berkenaan merupakan orang Islam!
Selain daripada imej-imej seksi ini disiarkan juga
gossip-gossip liar dan bodoh kepada para pembaca yang bengap ini.
Wadah-wadah murahan ini akan menceritakan mengenai perihal peribadi
artis-artis tempatan dan luar negara. Apa yang paling merosakkan sekali
ialah mereka turut menceritakan hal-hal dalam kelambu artis yang sedang
digossip. Tindakan mereka ini boleh merosakkan pemikiran masyarakat.
Saya hairan mengapa pihak kerajaan ataupun pihak-pihak tertentu tidak
menapis majalah-majalah seperti ini sebelum dipasarkan? Tidakkah mereka
nampak kesan negatif yang akan meracuni pemikiran rakyat khususnya
orang Islam. Bukankah fitnah itu satu dosa besar? Sudahlah budaya
orang-orang Melayu selalu dikaitkan dengan perangai umpat-mengumpat
(terutama kaum-kaum ibu) jika adanya lagi wadah-wadah perosak minda
seperti ini, maka semakin rosaklah otak orang-orang Melayu.
Pihak polis, pihak kerajaan, ibu-bapa dan pelbagai
pihak cukup sibuk dan menggelabah mengenai isu black metal ini, akan
tetapi mereka tidak sedar bahawa banyak kemungkaran yang berlaku di
hadapan mata mereka. Kadang-kadang saya terfikir, adakah pihak-pihak
yang kononnya prihatin ini tidak sedar ataupun buat-buat tidak sedar
bahawa banyak lagi perkara negatif yang nampak halus perlu dibanteras
daripada sibuk menangani isu black metal yang secara sahnya menampakkan
mereka tidak tahu apa-apa mengenai muzik metal ini.
Disini, ingin saya mengajak pembaca berfikir sekali
lagi, golongan yang manakah lebih rosak, golongan mereka yang meminati
muzik besi hitam ataupun golongan yang menjadi hamba kepada budaya pop?
Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang bijak dan waras, anda
tentunya lebih bijak menentukan yang mana baik dan buruk. Pada
pandangan saya, isu Black Metal ini tidak akan diungkit atau disentuh
langsung pun jika muzik Black Metal ini boleh memberikan duit kepada
pihak-pihak tertentu. Terperanjat dengan kenyataan ini? Cuba anda
bayangkan jika muzik Black Metal, kumpulan atau apa-apa sahaja
berkaitan Black Metal ini mengeluarkan, menaja, membuka fraincais dan
apa sahaja pada minuman keras, jenama rokok, rancangan hiburan seperti
MTV, kedai nombor ekor ataupun muzik Black Metal menjadi lagu kegemaran
bagi artis berbakat besar Mawi.
Maksud saya disini ialah umpamakan dengan adanya
arak berjenama Black Metal, MTV berjenama Black Metal, kedai nombor
ekor berjenama Black Metal ataupun McDonald berjenama Black metal maka
pelbagai pihak akan menutup mulut dan terus diam tanpa bersuara kerana
Black Metal memberikan duit kepda mereka dan Black Metal boleh diterima
oleh semua orang!
Lihat sahaja kemungkaran yang berlaku dihadapan mata
seperti kilang arak, kedai nombor ekor, Genting Highland, ladang ternak
babi, Balai Polis di Lorong Haji Taib, mak nyah dan gay yang bersepah
di sekitar Kuala Lumpur dan sebagainya. Kenapa tiada tindakan daripada
pihak pihak yang bertanggungjawab ini?
Jika ada pun tindakan hanyalah sekadar untuk
mengaburi mata masyarakat dan sekadar hanya untuk menunjukkan mereka
membuat kerja. Dapat tangkap maksud saya disini?Jika anda seorang yang
menjadi hamba kepada budaya pop ini ataupun anda seorang yang senang
menerima bulat-bulat apa sahaja yang dihidangkan dalam kehidupan harian
kita, kemungkinan besar anda tidak dapat menangkap maksud dan persoalan
yang saya cuba coretkan di dalam artikel ini. Banyak benda dan perkara
yang senang diterima oleh masyarakat sebenarnya juga mempunyai
keburukan. Keburukkan itu bagi saya lebih berbahaya kerana ianya lebih
halus meresapi minda masyarakat tanpa disedari. Mengkambing Hitamkan
muzik Black Metal semata-mata adalah satu tindakan yang kurang bijak!!!"

Credit to


SUPPORT OUR LOCAL UNDERGROUND MUSIC.

AJARAN BLACK METAL vs MUZIK BLACK METAL


BACALAH YA!

adalah salah satu cabang muzik yang wujud di muka bumi ini. Ia adalah
kesinambungan daripada irama metal. Satu genre muzik yang berunsurkan
kegelapan & kejahatan. Pada orang lain mungkin lain pula
fahamannya. Terpulang, tapi black metal tetap salah satu cabang muzik.



Kenapa Black metal jadi salah satu isu besar kat Malaysia sekarang??
Sebab ada segelintir manusia yang menjadikan black metal itu sebagai
salah satu ajaran yang menyesatkan. Kenapa nak kaitkan muzik dan
ajaran?? Adil ke macam tu?



Aku bukan nak menyebelahi mana2 pihak. Aku bukan pejuang muzik black
metal dan aku jugak bukan pejuang negara. Tapi aku salah seorang
pejuang Underground di Malaysia dan mungkin juga pejuang agama. Aku
hanya nak membicarakan apa yang logik sahaja. Buka sikit minda kita
yang sempit ni.



Untuk remaja terutamanya Islam yang layan muzik black metal sila
kuatkan iman anda sebelum melayan muzik ini kerana terdapat banyak
unsur2 yang menyesatkan didalam lirik mereka. Kebanyakan lirik adalah
berkisarkan tentang kesyaitanan. Jika tak kuat iman boleh sesat, dan
inilah yang terjadi kepada kebanyakan remaja kita. Taksub sampai lupa
agama. Lagi satu sebab mereka ini tak ada �step� layan metal.. Terus2
dengar black metal yang teruk2. Aku rasa bagi �old timers U/G� mungkin
mereka setuju dengan pandangan dan formula ini. Sebab mereka dengar
muzik metal secara berperingkat. Mula2 layan Rock/Punk - Heavy Metal -
Speed Metal - Thrash Metal � Grindcore - Death Metal � Black Metal.
Nampak tak �step� tu. Jadi takdelah taksub sangat. Sebab kita dah lali.
Budak2 sekarang terus layan Black Metal, �Culture shock� la. Lepas tuh
layan plak black metal yang ntah apa2. Asyik satan, satan, lucifer, itu
jer yang dapat dengar yang lain tak tau amende. Jadi setan la jawapnya.



Sebenarnya muzik Black Metal ni dah lama wujud dan dah lama bertapak
kat Malaysia. Venom, Bathory, Merciful fate dan angkatan2 yang sewaktu
dengannya dah lama dah masuk sini. Kami dah layan lama dah band2 ni.
Tak jadi apa2 pun, tak terikut pun, tak sembah Syaitan pun. Tapi kenapa
sekarang ni kecoh? Budak2 sekarang nilah yang buat benda ni kecoh,
�Stupid Poser�.



Lagi satu yang nak ikut mat saleh tu buat apa? �TRUE� la konon. Mana
ada �true�, membodohkan diri adalah. Kalau dah Melayu tu melayu la
jugak. Kalau dah Islam tu sayanglah agama anda. Tahu tak orang Islam ni
bertuah sebenarnya sebab kita mati nanti boleh lagi minta pertimbangan
masuk Syurga. Penganut agama lain mana ada keistimewaan ini. No
Compromise, direct to HELL. Kita boleh. So pikirlah sendiri nak ikut
ajaran / agama mana. Nak Islam ke Ajaran Black Metal?



Aku sebenarnya tak suka istilah Black Metal dijadikan nama untuk ajaran
sesat yang dicipta oleh penganut2 agama Syaitan nih. Habis semua orang
yang layan muzik Metal amnya kena tempias.. Kami layan muzik Black
Metal dan secara automatiknya orang akan cakap kami nih pengikut ajaran
sesat tuh.. Sebenarnya terma tu dah tak betul. Itu adalah ajaran sesat
bukan muzik. So, kita boleh kategorikan ianya sebagai Black Magik kalau
orang melayu panggil Ilmu Hitam sebab ia berkaitan dengan ajaran yang
salah dan bersekongkol dengan Syaitan. Kenapa budak2 bangang nih
kaitkan black metal? Sebab depa kebetulan dengar Black Metal? Habis
Ayah Pin tu kita nak panggil apa? Kenapa panggil ajaran sesat? Kenapa
tak tanya dia layan muzik apa ? kalau dia dengar dangdut kita panggil
Ajaran Dangdut la. Macam tu ke? Jangan kaitkan muzik dengan ajaran.



Mereka mungkin akan cakap �Black Metal not just a muzik, it�s a way of
life� . Itu mat saleh yang keluarkan statement. Depa tak ada agama.
Peduli apa depa. Yang kita ni nak ikut sangat tu buat apa? Tak boleh
pikir ke yang mana baik dan buruk. Kesian ye yang banyak jadi tak
keruan adalah ORANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM.





Lagi satu nak bagitahu, tidak semua band Black Metal di dunia ini yang
menganut Ajaran Black Metal. Kebanyakan hanya gimik nak tunjuk ganas
jer. Balik rumah siap ada anak bini lagi. Kalau ada pun hanya
segelintir sahaja itupun diorang tak namakan ajaran itu ajaran Black
Metal. Tapi mereka adalah Satanist. Pengikut Ajaran Syaitan bukan
Ajaran Black Metal. Faham tak. Tak wujud Ajaran Black Metal. Orang kat
Malaysia je yang tak faham bahasa. Kalau pengikut Ajaran Syaitan ini
ada Anton Szandor La Vey, Satanic Bible, Satanic Church, Ajaran Black
Metal ni ada apa? Siapa pengasasnya? Pakcik Paku? Siapa Pakcik Paku?
Aku tak tahu. Sapa tahu?



Ini adalah petikan dari Church Of Satan:







Keep in mind that you do not have to join anything to be a "real"
Satanist. Do not let any institution or group convince you that you
must be a "member" in order to be a Satanist. To be a "real" Satanist
you must first be yourself; joining any organization will not
automatically make you anything. This is something you must do on your
own.







Sapa yang bawa masuk Ajaran Black Metal ni? Aku pun tak tahu. Sapa yang
bawa masuk Muzik Black Metal? Budak2 U/G la. Ini yang membuatkan orang
menyalahkan budak2 U/G. Tapi yang untung besar sapa? Tokey2 kedai
muzik. Budak2 U/G ke tokey tu? Islam ke depa? Yang aku tau sikit sangat
bebudak U/G yang berjaya jadi tokey, itupun bukan tak kenal, kenal abis
ngan depa nih. Takde nampak ciri2 penganut ajaran sesat pun. Tokey2
kedai muzik tu pun tak terpengaruh ngan Ajaran Black Metal ni sedangkan
depa lagi la hari2 jumpa ngan menatang Black Metal ni. Tak jadi apa2
pun. Kenapa kita yang layan ni boleh terpesong? Aku rasa formulanya
senang jer. Depa buat business so depa �don�t give a damn shit� tentang
Black Metal ni. Jadi aku sarankan kalu nak dengar Muzik Black Metal ni,
�just� dengar aje udah la tak payah la nak kaji2 plak. Layan sekadar
layan muzik je. Macam kita layan muzik lain la. Apasal kita tak kaji
muzik lain plak? Kenapa Black Metal sampai nak dikaji? Tak payah, layan
muzik je sudah. InsyaAllah selamat.



Dalam sudut agama plak, memanglah Muzik Black Metal ni (dan segala
hiburan yang melalaikan) adalah menyesatkan. Cara yang terbaik untuk
menyesatkan dan menjatuhkan umat Islam adalah dengan hiburan (perang
psikologi).kalau buat peperangan senjata tak jalan sebab dalam diri
seorang Islam jang jati terdapat satu semangat semulajadi yang
dipanggil Jihad. Jadi mat saleh ni dia buatlah agenda nak sesatkan umat
Islam ni guna hiburan. Bila dah terhibur kita lalai, tak ingat tuhan,
maka jadilah kawan syaitan. Maka berjayalah mat saleh ni sesatkan kita
supaya depa ada geng kena bakar kat akhirat nanti.



Kita pergi pulak kepada hiburan. Kenapa Black Metal dicop sebagai muzik
yang menyesatkan akidah umat Islam. Padahal banyak lagi muzik lain yang
menyesatkan. Mesti banyak yang cakap macam nih. Sebenarnya muzik tu tak
salah yang salah adalah pendengar yang taksub. Bukan pendengar Black
Metal aje yang teruk. Hip hop, Oi, Pop, Rock, Jazz dan sebagainya pun
hancus gak. Minum arak, seks bebas, bergaul bebas antara lelaki dengan
perempuan, vandalism, rosak akhlak, semua yng buruk tu ada lah. Jadi
kesimpulannya hiburan ni menyesatkan kalau kita taksub sangat. Sebagai
contoh, orang kanan Ayah Pin adalah seorang ahli kumpulan Rock tanah
air. Bukan Black Metal. Kenapa tak haramkan Rock? Kenapa tak panjang2
kan isu nih??



Pasal ajaran sesat kat Malaysia nih, sebenarnya dah melambak. Kenapa
media tak sibuk2 mencari? Sebab apa? Sebab tak menarik. Lagipun nak
dikaitkan dengan apa? Tak boleh buat cerita panjang2, jadi kejap je la
cerita sensasi, sikit la untung.



Kerajaan risau dengan kegiatan Black Metal. Takut bakal2 pemimpin ni
rosak (especially remaja Islam). Bagus dan suci niat tu. Tapi kalau kat
Malaysia yang digelar negara Islam ni ada beberapa biji kilang ARAK
yang tersergam indah dan pengerusinya seorang Islam apa cerita? Pusat
judi kat atas bukit, pengerusi Islam, 4D (nombor ekor) pengerusi juga
Islam dan ntah apa2 lagi yang rakyat tak tahu. Jadi ini sedikit
sebanyak menimbulkan keraguan. Tak risau ke tengok remaja Hip-hop
pegang botol arak sambil jalan peluk pompuan kat Bangsar? Bakal
pemimpin juga tu. Tak nampak? Bukak mata luas2 sikit.



Pasal gig koyak & bakar Al-Quran, selama aku berkecimpung dalam U/G
nih tak pernah la pulak dengar atau lihat sendiri perkara ni. Banyak
gak gig yang aku pergi. Kawan2 pun tak pernah la plak sampaikan berita
nih. Tuan editor kita pernah dengar ke?



Jadi macam mana dengan masa depan kita kalau bakal2 pemimpin dah jadi
camni? Cukuplah jangan bagi negara kita dijajah lagi. Tak ingat sejarah
ke bebudak oi. Korang nak merempat di tanah air sendiri ke? Lagipun
Majlis Fatwa dah cakap Muzik Black Metal tu tak haram yang haram cuma
Ajaran Black Metal (lebih sesuai Ajaran Syaitan). Jadi kepada saudara2
sekalian fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Sekadar
dengar tak apa tapi jangan ikut. Minta maaf lah kalau ada yang terasa,
aku cuma beri pendapat.

credit to..

Ekstrim.info

Khas Untuk Orang Yang Tidak Tahu !

Entri ini khas untuk orang yang tak tahu tapi buat-buat tahu.

Kenapalah kita perlu memandang hina kepada BLACK METAL?
Salah ke kita mendengar?
Salah ke?
Tak salah kan?
Kita sekadar mendengar lah kawan.
Itu cuma musik okay?
Kaji lah.
Yang kami dengar hanyalah BLACK METAL EASTERN.
Kenapa bila cakap BLACK METAL je orang cakap kami sesat? Kami tak betul? Kami freemason?
Habis lagu yang korang dengar elok lah? 
Kalau nak cakap pasal agama, aku tak pandai tapi setahu aku lah kan orang ****** hantar hiburan kepada orang ISLAM adalah salah satu cara nak menyesatkan. 
Itu setahu aku lah. 
So, kalau betul lah benda itu kita ini sama-sama sesat lah.
Jangan lah macam itu kawan, kalau nak JUGDE orang sekali pon tengok lah diri sendiri dulu, belajar dulu, baru kau boleh JUGDE atau nak hina.
BLACK METAL ini hanyalah salah satu cabang musik lah kawan.
Kalau nak sebut pasal HAK. "HAK AKU LAH NAK DENGAR BLACK METAL KE APA"
So? Tak puas hati dengan entri aku ini?
Aku cuma nak betul kan pemikiran korang yang pikir korang saja yang betul.
Dan aku cumalah peminat musik sahaja.
Maafkan aku kalau aku terkasar bahasa.

P/s : Janganlah nak judge orang kalau anda tidak tahu apa-apa pasal BLACKMETAL okay.

Teman

: Kecik dan Mona
: Puteri
: Bob
: Raj
: Hakeem
: Din
: Acap

Yeahhh! Ini lah teman-teman saya.
Mereka memang terbaiklah! hari-hari saya, saya habiskan bersama mereka. 
Tak sangka saya boleh berjumpa mereka. 
Walaupon saya tahu. saya ini kadang-kadang menyakitkan hati mereka, tapi mereka tetap bersama saya lagi sehingga hari ini. 
Thanks teman sabab terima aku jadi teman kamu semua. 
Aku mintak maaf kalau ada sakitkan hati kamu semua sepanjang aku bersama kamu semua. 
Aku harap persahabatan kita akan kekal.
KORANG MEMANG TERBAIK! Bak Kata BOB " Duit boleh cari, tapi kawan memang susah nak cari yang betol"




Keluarga Saya

My family!
Dari kiri: Fazilah(Angah), Shafiza(Along),Azrin(abang),Shahara(Mak),Farhana(Si Kecil), Ramli(Ayah), Abang Iparku.
Missing: Azwin(Alang),Faiz(Adik),Muzaffar(Saya!)

Saya tahu saya terlalu banyak menyusahkan kamu semua.
Saya mintak maaf atas salah dan silap saya.
Saya akan berusaha jadi anak yang baik dan adik yang baik.
Thanks to my family! I Love You All.

Aktiviti terbaru saya


Ini lah aktiviti terbaru saya.
Bermain papan selaju (skateboard)
Memang seronok main benda ni.
Sekali dah main, KETAGIH.
Tapi ini sekadar untuk suka-suka sahaja.
Bukan lah saya nak jadi PRO SKATER pon.
Cuma untuk bersukan dan mengeluarkan peluh.
Apa-apa pon ia sangat menyeronokkan.
Cubalah!

Monday 2 May 2011

Si Penyeri Hidup Saya.


Nur Shafiqah Md Isa
24/02/2011
Damn! I'm so in love with you sayang! :)
Thanks sebab menjadi penyeri hidup saya.
Thanks kerana memberi peluang kepada saya.
Thanks kerana menyanyangi saya.
And thanks for everything sayang,

Sunday 1 May 2011

: Assalamualaikum.

Hey, it's me again!
So ini blog saya yang kedua. 
Apa jadi dengan yang lama?
Dah hancur. HAHA.
Lupakan yang itu.
So, ini lah kisah saya yang tak seberapa dan banyak benda yang bakal saya karutkan dalam blog ini. Have fun ya!